Selamat Datang

Sila berikan komen / pandangan yang membina, semoga kita dapat berkongsi maklumat bagi meningkatkan lagi professionalisme keguruan. Wassalam.

Mulakan bicara dengan ...

Mulakan bicara dengan ...
Dengan nama ALLAH yang Maha pemurah lagi Maha pengasihani

Wednesday, May 7, 2014

CPD SIRI 6/2014 IPGKTI B

Banner CPD
Kursus Pembangunan Kompetensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG 41 (CPD) sedang berjalan di Kampus IPGKTI dari 3 hingga 7 Mei 2014. Seramai 37 orang guru dari daerah Johor Bahru sedang berkursus bagi meningkatkan kefahaman dasar dan hala tuju pendidikan negara serta menghayati peranan guru sebagai pelaksana dasar.

Kursus dikendalikan oleh 7 orang fasilitator yang terdiri dari pensyarah IPGKTI yang juga merupakan Jurulatih Utama CPD.

Sesi En. Kamaludin Ahmad
Penyelaras Pusat Kursus IPGKTI B ialah Tn. Hj. Yusof bin Osman dan fasilitatot terdiri dari En. Sairi Jasman, En. Paiman Pardi, En. Kamaludin Ahmad, Tn. Hj. Radin Khairuddin Mohammad, Dr. Hjh. Wan Noor Siah Abdullah dan Dr. Hjh. Raudah Ali. Urusetia terdiri dari Cik Fara Nazirah Yahya dan En. Muhd Fairuz Ibrahim.

Penyelaras dan Urusetia kursus

Nyanyian Lagu Negaraku
Hasil kerja peserta kursus
Tahniah kepada peserta yang menunjukkan sikap yang aktif dalam melibatkan diri bagi setiap sesi dan aktiviti yang dijalankan. Terima kasih kepada Tok Penghulu kursus iaitu Mohd Zakran (S5) dan Abdul Mu'aizz Adnan (S6) yang memberikan kerjasama menguruskan rakan sekursus.

Cenderahati peserta
Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Tuan Pengarah IPGKTI, Tn. Hj. Mohd Said Hasran. Beliau dalam ucapan penutup berharap ilmu yang diperolehi semasa berkursus dapat diamalkan dan dikongsikan dengan rakan apabila kembali ke sekolah.

No comments: