Selamat Datang

Sila berikan komen / pandangan yang membina, semoga kita dapat berkongsi maklumat bagi meningkatkan lagi professionalisme keguruan. Wassalam.

Mulakan bicara dengan ...

Mulakan bicara dengan ...
Dengan nama ALLAH yang Maha pemurah lagi Maha pengasihani

Sunday, May 18, 2014

SAMBUTAN HARI GURU IPGKTI 2014

Kek Selamat Hari Guru  dari BAKSA 2014
Telah disempurnakan pada 17 Mei 2014 oleh Pengarah IPGKTI, Tn. Hj. Mohd Said bin Hasran. Sambutan ini melibatkan beberapa aktiviti iaitu Majlis Tahlil Perdana dan Ceramah yang berlangsung pada 14 Mei 2014=14 Rejab 2014 di Surau Al-Jawahir IPGKTI. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Fakhrurrazi bin Abu Bakar.

Datuk Seri Paduka, Datuk Seri Temenggong dan Datuk Penghulu
Majlis Amal Komuniti pada 15 Mei 2014 yang melibatkan pengagihan pakaian, pinggan mangkuk, buku-buku dan lain-lain kepada rumah kebajikan.

senamrobik
Majlis kemuncak sambutan pada 17 Mei 2014 melibatkan aktiviti seperti senamrobik, pertandingan memasak, menarik upih, sepak raga dan permainan galah.

sepak raga

permainan UPIH

Majlis sambutan kali ini berkonsepkan Kesultanan Melayu Melaka, di mana pensyarah berpakaian seperti adat istiadat Melayu Melaka.

Lanun IPGKTI

Baba Razali dan Nyonya Chew Pin
Motto SHARG kali ini "Guru Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi".

No comments: