Selamat Datang

Sila berikan komen / pandangan yang membina, semoga kita dapat berkongsi maklumat bagi meningkatkan lagi professionalisme keguruan. Wassalam.

Mulakan bicara dengan ...

Mulakan bicara dengan ...
Dengan nama ALLAH yang Maha pemurah lagi Maha pengasihani

Thursday, August 30, 2012

Majlis Anugerah Kualiti IPGKTI 2012

Majlis telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Datuk Dr. Haili bin Dolhan, Rektor IPGM di Dewan Seri Temenggong IPGKTI Johor pada 29 Ogos 2012.

backdrop majlis kualiti

ketibaan Rektor IPGM

siswa siswi guru bersama Pengarah kesayangannya

Seramai 24 orang menerima APC dan 31 orang menerima Anugerah Kualiti bagi tahun 2011. Anugerah Permata Temenggong telah disandang oleh Jabatan HEP dan Unit Khidmat Pengurusan.

3 orang dari Jabatan Teknologi IPGKTI yang telah menerima anugerah ialah Pn. Sin Lee Eng (APC), Pn. Siti Anidah Kamsir, Ketua Jabatan Teknologi Pendidikan (Setia Perak) dan En. Kamaludin Ahmad (Inovasi).

SLE menerima APC dari Rektor

Sin Lee Eng dari JTP
Kamaludin Ahmad menerima Anugerah Inovasi

1 orang dari Pengakap(Unit Ko-Kurikulum) ialah Tn. Hj. Tormadi Jono (APC).

Tn.Hj.Tormadi Jono menerima tahniah dari rakan-rakan
 Majlis ini juga diiringi dengan Majlis Hariraya Aidilfitri peringkat IPGKTI, di mana setiap jabatan dan unit menyumbangkan jamuan makanan mengikut menu yang telah ditetapkan oleh pihak jawatankuasa.

gerai JTP - rojak petin Che Din dan Otak-Otak Lipat Kajang
pensyarah mithali JTP berkerjasama menyiapkan kuah rojak
Semoga majlis ini menjadi perangsang dan pengiktirafan kepada staff yang berkhidmat di kampus ini.Terima kasih kepada yang menyumbang dan tahniah kepada penerima APC dan kualiti.

Tuesday, August 7, 2012

Suasana PUASA di IPGKTI

Tunturan berpuasa di bulan Ramadhan adalah berdasarkan dari hadis diriwayatkan dari Abu Hurairah ra: Bahwa sesungguhnya Rasulullah S.A.W. pernah bersabda : Ketika datang bulan Ramadan: Sungguh telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan atas kamu untuk puasa dalam bulan ini pintu Jannah dibuka, pintu Neraka ditutup, Setan- Setan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilanya sama dengan seribu bulan, maka barang siapa diharamkan kebaikannya ( tidak beramal baik didalamnya), sungguh telah diharamkan (tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini). ( HR. Ahmad, Nasai dan Baihaqy. Hadits Shahih Ligwahairihi).

Puasa 2012 telah jatuh pada 21 Julai 2012 hari Sabtu. Marilah kita menyambutnya dengan sepenuh hati dan beramal sepenuh jiwa sebagai tanda kesyukuran kita terhadap ALLAH yang Maha ESA.

IPGKTI telah menjalankan aktiviti sepanjang bulan Ramadan Kareem ini dengan:

Tazkirah setiap hari selepas Zohor di Surau Al-Jawahir IPGKTI
Ceramah Khas Ihya' Ramadan dari Aqsa Syariff
oleh Utz. Rosfazlin Jusoh (Pegawai Operasi AS Johor) -  3 Ogos 2012 dan setiap hari Jumaat
Solat berjemaah di Surau Al-Jawahir
Tadarus Al_Quran pelajar dan Majlis Khatam pada 9 Ogos 2012
Bubur Lambok bagi iftar staf dan pelajar - 5 Ogos 2012

Agihan Bubur Lambuk oleh pelajar PISMP


 Majlis Nuzul Al-Quran - 4 Ogos 2012
Semoga Ramadan ini akan lebih bermakna kepada kita semua, baik dari segi amalan dan penghayatannya. Jadi tingkatkanlah dan gandakan momentum Ramadan, agar kita tidak mensia-siakannya dengan membaca Al-Quran hingga khatam, menggandakan zikir harian, memohon doa, melakukan solat taubat dan beramal dengan sesungguh hati di malam Lailatu Qadar. Insyaallah kita akan berhariraya pada 19 Ogos 2012 (Ahad). Berdoalah agar kita dapat bertemu dengan Ramadan yang akan datang. Amin Ya Rabbil Alamin.

Monday, June 18, 2012

KAGUM UBF IPGKTI di Perlis


Peserta IPGKTI ke KAGUM UBF 2012
IPGKTI telah menghantar seramai 10 orang peserta KAGUM UBF yang terdiri dari 2 orang bagi setiap unit pengakap, pandu puteri kadet, bulan sabit merah malaysia, pergerakan puteri islam malaysia dan kadet remaja sekolah dari semester 5. Peserta diiringi oleh Tn. Hj. Tormadi Jono.

Lawatan Pengarah ke KAGUM UBF di sambut  Tn. Hj. Tormadi Jono
Pertandingan antara unit melibatkan Pertandingan Tradisional, Masakan Tanpa Alat, Bantu Mula, Kawad Kaki dan Orienteering.Setiap peserta juga berjaya memperolehi Lencana KAGUM setelah menjalani dan lulus 3 Ujian Kemahiran.

Tuan Pengarah mencuba Bowling  di KAGUM UBF
Bagi pertandingan monodrama, IPGKTI telah menjadi juara dengan "Solike Natrah"dan memenangi kategori pelakon terbaik (HAYATI) dan pengarah terbaik (SHUHADAK). Tahniah kerana telah menaikkan nama IPGKTI di mata IPG yang lain. Semoga kejuaraan ini dapat dipertahankan di masa akan datang.

Hayati Md. Fuad -pelakon terbaik

Syuhadak Mohd Seplee - pengarah terbaik


pasukan olahraga di majlis perasmian KAGUM


Kontinjen IPGKTI di ketuai oleh En. Sulaiman Yunus dan 10 orang pegawai yang lain. Semoga di KAGUM akan datang IPGKTI akan lebih bergaya lagi menjuarai kategori yang akan dipertandingkan.

Tuesday, May 8, 2012

Perhimpunan Staff Mei 2012 kendalian JTP

Telah dikendalikan oleh Jabatan Teknologi Pendidikan, IPGKTI. Agenda perhimpunan meliputi nyanyian lagu negaraku, lagu negeri Johor, ikrar perkhidmatan awam, tayangan video hari lahir, penyampaian cenderahati hari lahir, ucapan Tuan Pengarah, nyanyian lagu guru Malaysia dan bersurai.

Antara intipati ucapan Tuan Pengarah ialah:

  • Tahniah kepada pensyarah baru unit bahasa Tamil - Pn. Kalaivani
  • Makluman tentang pencalonan pensyarah cemerlang 2012, tarikh tutup 20 Mei 2012
  • Temuduga PISMP bagi ambilan calon seramai 1218 orang
  • Peperiksaan UAK mulai Mei 2012
  • Pengambilan cuti ganti dengan syarat tidak memanjangkan cuti dan menghantar borang cuti sebelum cuti diambil
  • Melakukan teguran dan mengeluarkan pendapat secara professional
  • Ucapan tahniah kepada JTP yang melakukan kreativiti di atas perhimpunan kali ini
Semoga peringatan dan makluman dapat dijadikan panduan dan inspirasi bagi semua pensyarah dan staf sokongan dalam mendokong kecekapan dan kemajuan IPGKTI.

Monday, April 30, 2012

Kejohanan Balapan dan Padang IPGKTI ke-45

Telah dianjurkan pada 26 April 2012. Ia telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Mohd Said Hasran, Pengarah IP{GKTI. Kejohanan ini bertujuan untuk mencungkil bakat kesukanan dalam diri serta melahirkan bakal guru yangt sihat dan cergas dari segi minda dan tubuh badan.

banner kejohanan
perasmian oleh Tuan Pengarah
perbarisan peserta kejohanan
Rumah LAKSAMANA (kuning) telah dinobatkan sebagai juara kejohanan. Tahniah kepada mereka.Semoga dengan kejohanan ini dapat melahirkan atlet yang berwibawa dan mengharumkan nama IPGKTI di KAGUM peringkat kebangsaan pada 10-15 Mei 2012 di IPGK Perlis kelak.

Monday, April 23, 2012

PELANCARAN IPG LESTARI 2012


Pelancaran IPGKTI sebagai IPG Lestari telah disempurnakan pada 21 April 2012 (AHAD) oleh Reaktor IPG, Datuk Dr. Haili Dolhan di Dewan Seri Temenggong.
Jabatan Matematik yang lestari

JTP dengan publisiti Lestari
Majlis pelancaran diiringi dengan persembahan pelajar, pameran yang disertai oleh sekolah, ipg, WWF dan USM. Banyak perolehan ilmu dari pameran ini yang dapat digarap oleh pengunjung.


Banner IPG Lestari dengan tema Kelestarian Melalui Pendidikan

Y.Bhg. Datuk Rektor mengucapkan tahniah atas penganjuran program IPG Lestari yang cemerlang, dan berharap program ini dapat dilestarikan sepanjang masa. Moga dengan program ini ciptaan ALLAH dapat dinikmati sehingga turun temurun generasi kita..

Thursday, April 19, 2012

KAGUM IPGM 2012

Jawatan Kuasa Teknikal KAGUM unit berunifom pengakap

Karnival Aktiviti Gerak Kerja Ko-Kurikulum  peringkat IPGM 2012 akan dilaksanakan pada 10 - 15 Jun 2012 di IPGK Perlis. Seramai lebih kurang 53 orang pegawai dan pelajar akan mewakili IPGK. 3 komponen yang disenaraikan terdiri dari Unit Beruniform (Pengakap, TKRS, PPIM, KPP dan BSMM), Olahraga dan Persatuan (Nyanyian solo dan Monodrama). Dijangkakan seramai 200 orang pegawai dan 1400 orang pelajar dari 27 IPGK akan menyertai KAGUM ini.

Mesyuarat JK Teknikal sedang berlangsung di Hotel Midah, KL dari 18 - 20 April 2012 bagi membincangkan secara terperinci 5 aktiviti KAGUM yang terdiri dari Pertandingan ( kawad kaki, pertolongan cemas, sukan rakyat, kembara dan masakan rimba), Pameran, Kebudayaan, Kemahiran dan Kem Terbuka dari aspek peraturan, peralatan, penginapan dan makanan.

Konsep KAGUM kali ini lebih berfokus kepada peningkatan kemahiran dan menjanjikan 5 lencana kemahiran iaitu

Semoga tradisi KAGUM ini dapat berjalan dengan jayanya dan dapat meningkatkan pengetahuan dan pengalaman kepada guru pelatih apabila mereka berkhidmat di sekolah nanti. Selamat maju jaya.dan Tahniah.

Sunday, April 8, 2012

IAB aku datang lagi

Setelah 11 tahun tak ke IAB, kini tahun 2012 ke IAB untuk berkursus Rekaan Grafik dan Susun Atur Huruf (IABI129A04). Seramai 18 peserta telah mengikuti kursus ini. Ia telah dikendalikan oleh fasilitator IAB, En. Abdul Razak Abdul Rahim, En. Nasharuddin Mohd Rashid dan Yang Mulia Raja Ibrahim Raja Midin. Kursus diuruskan oleh Pn. Siti Anidah Mahadi dan Pn. Aziah Samichan.
fasilitator dengan kepakaran dalam pengajaran berpasangan
Penghulu (En. Zaki) dan Datin (Zaerah) telah menjalankan tugas dengan baiknya, terima kasih ...semoga Allah juga yang membalasnya. Aktiviti dan bengkel telah diljalankan dengan membina kulit dan halaman bagi buku, majalah dan poster bagi meningkatkan lagi kemahiran peserta menggunakan perisian Adobe In Design CS4.
bengkel kumpulan menghasilkan buku
Semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaat di organisasi masing-masing dan dapat dipanjangkan kepada rakan-rakan bagi meningkatkan kualiti penerbitan majalah, buletin dan sebagainya.

sebahagian dari peserta dan fasilitator kursus

Monday, March 19, 2012

Perhimpunan IPGKTI 2012

Telah dijalankan pada 19 Mac 2012. Perhimpunan dijalankan oleh opsyen PPISMP Sn/Bi/Bc dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Pada masa yang sama Program Kecekapan Tenaga (PROKETEN) telah dilancarakan oleh Pengarah IPGKTI, Tn. Hj. Mohd. Said Hasran. Program ini merupakan kerjasama antara Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Pusat Pendidikan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (CETREE), USM.

Program ini bermula dari Mac 2012 dan berakhir pada Ogos  2012. Ayuh elakkan pembaziran elektrik dengan penggunaan berhemah dan cekap, kerana ia dapat membantu menyelamatkan alam sekitar daripada pencemaran.

Tips penjimatan elektrik:
  • padam semua lampu, jika tiada sesiapa di dalamnya.
  • pastikan komputer mempunyai mod tidur
  • selaraskan suhu peti sejuk ke -18 darjah Celsius

Monday, March 5, 2012

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1433H - IPGKTI

Dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Islam dan Moral dengan kerjasama PERMATA Al-Jawahir dan JK Perwakilan Pelajar ke-46 pada 9 Rabiul Akhir bersamaan 2 Mac di DST IPGKTI.

sepanduk yang menjuarai pertandingan

Majlis ini bertujuan untuk menyemai kecintaan kepada Rasulullah S.A.W di samping memperbesarkan hari-hari kebesaran dalam islam.Semoga dengan majlis ini lahirlah guru-guru yang menghayati sirah Rasulullah dan mempunyai budi pekerti yang baik berpandukan kepada baginda Rasulullah S.A.W. sebagai contoh teladan . Antara sunnah Rasulullah yang perlu diamalkan dan dijaga oleh kita:
1. Tahajjud
2. Membaca Al_Quran
3. Jangan Tinggalkan Masjid
4. Jaga solat dhuha
5. Jaga sedekah setiap hari
6. Jaga wudhu terus menerus
7. Amalkan istigfar setiap saat

perarakan oleh Tadika Semaian Subur

Ceramah disampaikan oleh Tn. Hj. Hanafiah bin Abd. Razak, dari Jabatan Mufti Johor. Pihak penganjur juga mengadakan pertandingan sepanduk dan menulis tulisan jawi.

perarakan oleh warga IPGKTI

Thursday, February 23, 2012

Pentaksiran Berasaskan Sekolah

IPGKTI dengan kerjasama Jabatan Ilmu Pendidikan telah menjalankan Kursus di atas pada 23 Februari 2012 di DDKA, IPGKTI dari jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang. Kursus dikendalikan oleh En. Yahya bin Mohamad, Ketua Unit PBS, Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Johor.

En. Yahya Mohamad sedang memberi taklimat pbs

PBS adalah pentaksiran berterusan. Ia adalah suatu tranformasi dalam pentaksiran pendidikan. Ia dapat membantu sekolah melihat prestasi murid. Pelaksanaannya untuk penambahbaikan UPSR dan PMR mulai Tahun 1 pada 2011 dan Tingkatan 1 pada 2012.

Tujuan kursus adalah memberi pendedahan kepada pensyarah mengenai maklumat terkini dalam pentaksiran di sekolah.Seramai 35 orang mengikuti kursus ini. Semoga ianya dapat meningkatkan professionalisme pensyarah IPGKTI.

Saturday, February 18, 2012

Kursus Renang dan Penyelamat

Telah dijalankan pada 14 - 17 Februari 2012 di Kompleks Renang Olimpik Sek. Sukan Tuanku Mahkota Ismail, Bandar Penawar, Kota Tinggi. Kursus anjuran Unit Ko Kurikulum dan LPS IPGKTI disertai 19 orang pensyarah, 2 orang jurulatih dan 1 orang urusetia.

latihan penyelamat menggunakan tali dan kayu
Di akhir kursus ujian kelayakan telah dijalankan, tahniah kepada yang berjaya dan yang gagal jangan lupa buat latihan untuk ujian ulangkaji.
Latihan CPR oleh Md. Zin Kosnan
Terima kasih kepada pihak penganjur dan jurulatih Ramli dan Jefri. Semoga ilmu yang diperolehi akan dapat dimanfaatkan suatu masa nanti dan untuk anak didik di IPGKTI.

Monday, February 6, 2012

Maulidur Rasul Taman Kemas 2012

Banner Maulidur Rasul Taman Kemas dengan tema tahun 2012 ialah Persefahaman Asas Perpaduan Ummah

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Taman Kemas telah disempurnakan pada 5 Februari 2012 bersamaan 12 Rabiul Awal 1433H di Surau An Nur Taman Kemas. Majlis sambutan yang berkonsepkan "rakan muda" dipenuhi dengan cara pertandingan catur, karom, dam haji, mewarna, menulis khat dan pencarian harta karun.
Pertandingan Akhir Dam Haji dimenangi Tn. Hj. Sarikon mengalahkan Tn. Hj. Mahmuri
Siti Aisyah memenangi harta karun yang ke-15
pertandingan mewarna

Di sebelah petang dengan perarakan di persekitaran Taman Kemas dan di sebelah malam pula dengan ceramah oleh Kadi daerah Mersing, Tn. Hj. Mohd. Nasri bin Rahman. Semoga ALLAH memberi rahmat kepada umatnya yang sentiasa membasahi bibirnya dengan berselawat dan mengingatinya.

Monday, January 16, 2012

Info Populasi IPGKTI 2012

Selamat Bertugas kepada semua staff IPGKTI bagi 2012, semoga kita dapat jalankan tanggungjawab kita dengan penuh dedikasi dan taqwa. Dimaklumkan oleh pengarah pada perhimpunan staff Bil. 1/2012, 16 Januari 2012 (Isnin) di DDKA bilangan pensyarah (118 orang), staf sokongan (191 orang), pelajar pismp dan pgsr (2469 orang).
Pendaftaran pelajar baru bagi DPLI dan PPISMP telah dijalankan pada 9 Januari 2012. Seramai 124 orang telah mendaftar diri terdiri DPLI (22 orang) dan PPISMP (102 orang). Dimaklumkan juga pendaftaran pelajar KPLIR j-QAF akan berlangsung pada 20 Januari 2012.

pendaftaran pelajar baru 9 Januari 2011 di DST IPGKTI

Pengeluaran pelajar pada disember 2011 adalah seramai 198 orang terdiri dari PISMP dan KPLISR. Penempatan tempat mengajar ke sekolah nbermula dari 16 Januari 2012. Diucapkan selamat mengajar dan menjadi guru yang berkesan.